Meluruskan Penggunaan Frasa ‘Yang Mana’
Sempena sambutan bulan kemerdekaan negara yang ke-69 pada 31 Ogos ini, sudah pasti salah satu cara untuk kita menunjukkan semangat cintakan tanah air adalah melalui penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam perbualan dan penulisan. Kita semua sedia maklum, bahasa Melayu telah banyak dipengaruhi oleh bahasa-bahasa dunia seperti bahasa Sanskerta, Portugis, Belanda, Cina, Tamil, Arab dan bahasa Inggeris. Unsur dan elemen bahasa-bahasa ini telah meresap masuk ke dalam bahasa Melayu.