Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera
YBhg. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE CERAMAH KESIHATAN HIV/AIDS : DISKRIMINASI DAN STIGMA ADALAH PEMBUNUH
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) akan menganjurkan ceramah kesihatan HIV/ AIDS : Diskriminasi dan Stigma Adalah Pembunuh. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendidikan kesihatan berkaitan HIV/ AIDS dan mengfokuskan kepada diskriminasi dan stigma masyarakat kepada pesakit.
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput seluruh warga kampus UMP termasuk staf dan pelajar untuk menghadiri ceramah kesihatan ini bagi berkongsi ilmu berkaitan HIV/ AIDS sebagai amnya. Program akan berlangsung sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh : 4 Mac 2020 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak UMP Pekan
Panel Jemputan : Dr. Iskandar Firzada bin Othman, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jaya Gading
3. Merit kepada pelajar akan disediakan. Sehubungan dengan itu, kehadiran YBhg. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan membantu menjayakan program tersebut amatlah dihargai. Oleh itu,semua warga UMP dijemput hadir.
Sekian.