Bersama Encik Zainudin bin Othman , Bendahari / Ketua Pegawai Kewangan UMP
Date
15 Nov 2021
to
15 Nov 2021
Time
9:00 AM
Venue
Aplikasi Zoom,

JEMPUTAN MENGIKUTI PROGRAM SUARA PENTADBIR UNGGUL (SPU) SIRI 5 : PENTADBIR UNGGUL : BAJET BERASASKAN OUTCOME (OBB) PACU KECEMERLANGAN
 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan program webinar yang bertajuk Suara Pentadbir Unggul (SPU). Program ini akan dijalankan secara bersiri yang disasarkan kepada semua pentadbir UMP. Siri kelima program ini akan berlangsung bersama Encik Zainudin Bin Othman (Bendahari/Ketua Pegawai Kewangan UMP) seperti butiran berikut:
 

Tajuk : Pentadbir Unggul : Bajet Berasaskan Outcome (OBB) Pacu Kecemerlangan
Tarikh   : 15 November 2021 (Isnin)
Masa     : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Aplikasi  : Zoom
Pautan ZOOM  : Klik di sini
Meeting ID: 938 1845 8213
Passcode: 193797

 
Moderator
Encik Nursyaihan Bin Ab Halim
Pengurus Kewangan, Jabatan Bendahari


 
Objektif program ini dijalankan adalah untuk sesi libat urus pengurusan dan pentadbir universiti dalam mengupas dan menyampaikan hasrat universiti demi mengangkat peranan pentadbir universiti ke arah kecemerlangan organisasi. 

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan ruang intelektual kepada pentadbir untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat sejajar dengan nilai teras dan hala tuju strategik universiti.