MAJLIS SANJUNGAN BUDI
Date
16 Feb 2022
to
16 Feb 2022
Time
2:30 PM
Venue
Dewan Astaka ,

Walaupun cukup bersederhana penganjuran Majlis Sanjungan Budi buat julung kalinya pada tahun ini, bukanlah satu halangan kepada kita semua untuk meraikan rakan-rakan UMP yang merupakan  tunjang kemegahan UMP ini.

Seramai 63 orang yang bakal diraikan pada tarikh yang bersejarah ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Tidak dilupa pada rakan-rakan seperjuangan yang telah pergi mengadap ilahi meninggalkan kita terlebih dahulu. Semoga mereka kekal tenang di sisi-Nya.

Harapan kami supaya warga UMP terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang pada masa hadapan kepada UMP bagi merealisasikan matlamat serta misi dan visi UMP dalam menjadi universiti yang sentiasa fokus mempertingkatkan kualiti pendidikan tinggi.