International Competition And Exhibition On Computing Innovation 2022, ICE-CINNO 2022
Date
01 Nov 2022
to
03 Nov 2022
Time
8:30 AM
Venue
Dewan Serbaguna, Universiti Malaysia Pahang ,

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

YH. Dato’/ Datin/ Profesor/ Profesor Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang akan mengadakan International Competition and Exhibition on Computing Innovation 2022 (iCE-CInno 2022) dengan perincian seperti berikut:

                Tarikh:  01-03 November 2022

                Tempat: Dewan Serbaguna, Universiti Malaysia Pahang (Kampus Pekan)

                Tema:    “Empowering Change, Inspiring Technology”


a) Laman web rasmi  iCE-CInno 2022 yang memberikan maklumat umum berkenaan program ini: https://icecinno.ump.edu.my/index.php/en/

b) Borang permohonan untuk pendaftaran sebagai peserta: - https://icecinno.ump.edu.my/index.php/en/registration-icecinno22/reg-form-2022

c) Bayaran pertandingan yang dikenakan mengikut kategori: - https://icecinno.ump.edu.my/index.php/en/registration-icecinno22/fee
 
2. Dilampirkan bersama emel ini adalah dokumen daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi jemputan kepada YH. Dato’/ Datin/ Profesor/ Profesor Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyertai program iCE-CInno 2022. Bersama emel ini juga, turut dilampirkan poster penganjuran program.

3. Program ini juga telah mendapat kelulusan CPD POINT dari MBOT. Ini adalah bagi menggalakkan penyertaan Ts (Technologist) sebagai peserta pertandingan atau pelawat dengan syarat menghadiri program selama 2 hari sepanjang berlansung. Bagi Technologist yang memenuhi syarat akan mendapat 10 points dari program ini. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi pihak kami melalui icecinno@ump.edu.my.