Ceramah Kesihatan HIV/AIDS : Diskriminasi Dan Stigma Adalah Pembunuh
Date
04 Mar 2020
to
04 Mar 2020
Time
10:00 AM
Venue
Dewan Bankuet Canseleri Tun Abdul Razak,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

YBhg. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE CERAMAH KESIHATAN HIV/AIDS : DISKRIMINASI DAN STIGMA ADALAH PEMBUNUH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman YBhg. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) akan menganjurkan ceramah kesihatan HIV/ AIDS : Diskriminasi dan Stigma Adalah Pembunuh. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendidikan kesihatan berkaitan HIV/ AIDS dan mengfokuskan kepada diskriminasi dan stigma masyarakat kepada pesakit.

3.        Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput  seluruh warga kampus UMP termasuk staf dan pelajar untuk menghadiri ceramah kesihatan ini bagi berkongsi ilmu berkaitan HIV/ AIDS sebagai amnya. Program akan berlangsung sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh                        : 4 Mac 2020 (Selasa)

Masa                          : 10.00 pagi

Tempat                      : Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak UMP Pekan

Panel Jemputan       : Dr. Iskandar Firzada bin Othman, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jaya Gading          

3.   Merit kepada pelajar akan disediakan. Sehubungan dengan itu, kehadiran  YBhg. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan membantu menjayakan program tersebut amatlah dihargai. Oleh itu,semua warga UMP dijemput hadir.

Sekian.