Date
20 Feb 2020
to
20 Feb 2020
Time
8:00 AM
Venue
Auditorium Perpustakaan,

Asssalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera,

YH Dato/ Datin/ Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) , Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluar Malaysia (MACFEA) dan Universiti Malaysia Pahang akan menganjurkan bersama Program Advokasi Kepenggunaan MACFEA/ KPDNHEP 2019 -2020. Berikut adalah butiran program :

Tarikh : 20 Februari 2020 (Khamis)

Tempat : Auditorium Perpustakaan UMP Gambang

Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Aturcara program :

8.00pg - 9.00 pg      : Pendaftaran & Minum Pagi

9.00pg - 10.30 pg    : Slot 1 - Program Food Bank & Sesi Soal Jawab

10.30 pg -12.00 tgh : Slot 2 - Penipuan Pembelian Dala Talian & Sesi Soal Jawab

12.00 tgh - 1,00 ptg : Majlis Perasmian & Penutup 

3. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna B40 tentang inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh KPDNHEP bagi membantu golongan B40 dan penerima BSH menangani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat dewasa ini. Di samping itu memberi pengetahuan dan maklumat berkenaan fenomena penggunaan media sosial dan kesannya termasuk 'online cheating'. 

3. Sehubungan dengan itu pihak kami menjemput pihak tuan/ puan untuk menghadiri program ini . Semoga kehadiran tuan/puan akan membantu menjayakan program ini. 

Sekian terima kasih