UMP AGENCIES SHARING SESSION
Date
13 Jan 2020
to
13 Jan 2020
Time
8:00 AM
Venue
Dewan Tun Fatimah,

Y. Berbahagia Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

Mewakili Pejabat Pengkomersialan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), saya dengan takzimnya ingin menjemput Y. Berbahagia Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan ke sesi perkongsian mengenai peluang pembiayaan serta fasilitasi bagi aktiviti pengkomersialan produk berteknologi dan berinovasi yang terdapat di Malaysia, untuk diterokai bersama.

Untuk makluman Y. Berbahagia Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, sesi yang dikendalikan ini adalah PERCUMA dan maklumat-maklumat berkenaan peluang pembiayaan dan fasilitasi ini akan disampaikan sendiri oleh agensi-agensi kerajaan seperti;

Majlis Amanah Rakyat (MARA), 
PlaTCOM Ventures Sdn. Bhd. (PlaTCOM), 
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC),      
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU),
Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN), 
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), 
NanoMalaysia Berhad (NMB), 
Wakil Kerajaan Negeri Pahang, serta
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Program ini akan turut dihadiri oleh pemain-pemain industri tempatan, yang turut ingin menerokai peluang kerjasama dan bantuan kewangan serta fasilitasi yang ditawarkan, termasuklah dari UMP.


Memandangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad, anda yang berminat perlulah menempah tempat anda melalui pegawai yang ditetapkan dibawah;

1) Cik Hardyana Mohd Saman (hardyanam@ump.edu.my)
     Whatsapp: www.wasap.my/60173250280
2) Cik Noorazleen Mahidin (azleenm@ump.edu.my)
     Whatsapp: www.wasap.my/60179306015  
 

Sekian.