Date
22 Jul 2020
to
23 Jul 2020
Time
8:00 AM
Venue
UMP Gambang,

Kami sekretariat Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-28 (SKSM28) berbesar hati menjemput dan mengalu-alukan anda selaku ahli akademik, saintis, penyelidik dan sarjana penyelidikan untuk menyertai SKSM28 bagi berkongsi pengetahuan, idea-idea baru dalam semua aspek yang berkaitan dengan Matematik dan Statistik.

SKSM28 akan diadakan di AC Hotel by Marriott Kuantan pada 22-23 Julai 2020. Simposium ini dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama Pusat Sains Matematik, Universiti Malaysia Pahang.

Semua kertas kerja penuh* yang diterima akan diwasit dan diterbitkan dalam penerbitan berindeks Scopus. Penerimaan ini adalah berdasarkan cadangan pewasit.
 
Untuk butiran lebih lanjut mengenai persidangan ini, sila layari laman web SKSM28 di https://sksm28.ump.edu.my atau hubungi kami di sksmump28@gmail.com.