YH./ YBhg./ YBrs./ Dato'/ Datin/ Profesor/ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah akan menganjurkan Siri Transformasi Eksekutif Perdana (STEP) Bil. 5/2024, Nilai Teras 1 – Hubungan Yang Kuat Dengan Yang Maha Pencipta "Ramadan Kareem Dan Adab-Adab Ketika Berpuasa" yang akan disampaikan oleh Dr. Mohamad Hilmi bin Mat Said, Dekan, Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah. Butiran program yang akan diadakan adalah seperti butiran berikut :
Tarikh : 13 Mac 2024 (Rabu)
Masa : 10:00 pagi – 12:00 tengah hari
Tempat : Secara Dalam Talian
Pautan : Microsoft Teams - https://tinyurl.com/RAMADAN-KAREEM-2024
Facebook - https://www.facebook.com/PENDAFTAR.UMPSA/
Sehubungan itu, mohon kerjasama YH./ YBhg./ YBrs./ Dato'/ Datin/ Profesor/ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk membuat hebahan program ini kepada kakitangan masing-masing. Penyertaan pihak YH./ YBhg./ YBrs./ Dato'/ Datin/ Profesor/ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.