Bicara Santai MASTI-PPTI 1.0
Date
29 Apr 2024
to
29 Apr 2024
Time
9:00 AM
Venue
Auditorium Perpustakaan UMPSA Gambang ,

Sekretariat Penerbitan Korporat dan Publisiti Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) dengan Kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMPSA (PPTI) akan mengajurkan program Bicara Santai MASTI-PPTI 1.0 bertempat di Auditorium Perpustakaan UMPSA Gambang pada 29 April 2024 jam 9.00 pagi. 

Program ini merupakan sebahagian daripada Plan Strategi dan Hala Tuju MASTI 2024-2025 yang telah diadakan di UPM Februari lalu.  Inisiatif yang bertujuan mewujudkan hubungan strategi dengan pihak yang berkepentingan ini antara lain hasratnya adalah untuk memperkenalkan peranan dan fungsi  MASTI sebagai platform untuk mengangkat profesion dan profesionalisme para pentadbir universiti. 
Semua ahli PPTI dijemput hadir jika berkelapangan.