Siri Syarahan Pendaftar Universiti Awam Secara Dalam Talian (Online) “Managing Risk Within University Context: Strategies To Recovery”
Date
17 Jun 2020
to
17 Jun 2020
Time
10:30 AM
Venue
https://ump.webex.com/ump/onstage/g.php?MTID=eca10f18274216507c9df7d5fbc9f0004 & FB Live : Human Resource Management Division, Universiti Malaysia Pahang,

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

SIRI SYARAHAN PENDAFTAR UNIVERSITI AWAM SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)
“MANAGING RISK WITHIN UNIVERSITY CONTEXT: STRATEGIES TO RECOVERY”

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA) dengan kerjasama Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam serta Jabatan Pendaftar, UMP akan menganjurkan Siri Syarahan Pendaftar Universiti Awam Secara Dalam Talian (Online) - “Managing Risk Within University Context: Strategies To Recovery” seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Jun 2020
Masa : 10.30 pagi hingga 11.30 pagi
Aplikasi Dalam Talian: WEBEX
Pautan link: https://ump.webex.com/ump/onstage/g.php?MTID=eca10f18274216507c9df7d5fbc9f0004
Event number : 166 223 1327
Event password: rtUEMxPS835
FB Live : Human Resource Management Division, Universiti Malaysia Pahang

Ahli Panel:


1. Profesor Madya Dr. Mohd Ridzuan bin Darun
Ketua Pegawai Operasi (COO) / Pendaftar
Universiti Malaysia Pahang

2. Dr. Chee Wei Yen
Risk Advisory Director
Deloitte Malaysia


Moderator:
Tuan Haji Abdul Shukur bin Ishak
Pengurus Kanan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Malaysia Pahang

Untuk makluman, program ini adalah kesinambungan daripada Siri Syarahan Pendaftar Universiti Awam Secara Dalam Talian (Online) yang telah diadakan sebelum ini.  Tujuan utama ianya diadakan adalah untuk perkongsian bersama pentadbir Universiti Awam amalan terbaik pentadbiran dan membolehkan semua warga Universiti Awam mengetahui dengan jelas cabaran, perancangan dan cadangan pelaksanaan yang akan diambil mengharungi Norma Baharu ekoran daripada wabak penyakit COVID-19.

Warga Universiti Awam juga berpeluang untuk bertanyakan soalan atau memberikan cadangan penambahbaikan secara langsung kepada Ahli Panel melalui program tersebut.

Justeru itu, YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dijemput untuk mengikuti program berkenaan bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan serta cabaran dalam merealisasikan mandat program ini dapat diketahui dan difahami dengan jelas dan berkesan.